
Pelantikan Nooh Gadut tingkatkan pengurusan fatwa negara
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata JAKIM turut menaruh keyakinan terhadap bekas Mufti Johor itu berdasarkan penglibatannya secara langsung dalam institusi kefatwaan sebelum ini.
“Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelantikan Nooh diperkenan melalui Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun lepas dan berkuat kuasa sehingga 29 Jun 2024.
Watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI semalam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...