
Pelantar minyak tenggelam, 101 anak kapal terselamat
SEBUAH pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei tenggelam susulan kerosakan pada satu daripada kaki sokongan pelantar itu, lapor Astro Awani dalam kejadian petang semalam.
Akibat kerosakan pada kaki sokongan pelantar itu, pada awalnya ia mengakibatkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.
Sementara itu, portal The Star melaporkan, kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.
Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan manakala punca dan nilai kerosakan sedang disiasat.
Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up’ dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LIMA MUZIUM TAWAR HARGA TIKET RM3
AYER KEROH 4 Mac - Bagi peminat sejarah dan seni, melawat muzium adalah satu aktiviti yang menarik dan berinformasi, Namun...
TAMBAH RESTORAN TERAPUNG KLASIK UNTUK TARIK PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 4 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menyediakan sebuah lagi restoran terapung berkonsep...
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...