Sorting by

×

Pelanggan lebih selesa ‘drive thru’

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

LIMBONGAN 16 Mei – Perkhidmatan pandu lalu (drive thru) di beberapa restoran makanan segera di negeri ini terus menerima sambutan setelah kerajaan menetapkan orang ramai hanya dibenarkan untuk membungkus makanan berbanding makan di kedai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan Melaka Hari Ini di antara dua lokasi restoran makanan segera tumpuan di negeri ini mendapati rata- rata pelanggan sanggup beratur di laluan ‘drive thru’ untuk membeli makanan.

Bagi seorang pelanggan, Muhammad Syazreen Samsudin, 20, berkata, dia sanggup beratur selama 20 minit bagi mendapatkan makanan yang dipesannya dan berpendapat ia tidaklah terlalu lama untuk menunggu.

MUHAMMAD Syazreen

“PKP yang diperintahkan ini lebih banyak memfokuskan bagi memutuskan kes yang semakin meningkat jadi saranan untuk makan dikedai perlu dihentikan buat masa ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Syed Ilyas Syed Nasir, 25, pula berkata, sepanjang PKP ini, dia turut lebih memilih untuk memesan makanan menerusi ‘drive thru’ berbanding memesan di kaunter.

“Saya beratur di laluan drive thru tidaklah lama sangat, hanya dalam 10 minit sahaja dan kebanyakan yang memilih perkhimatan drive thru ini mungkin lebih memudahkan daripada memesan di kaunter.

SYED Ilyas

“Apa pun kedua perkhidmatan disediakan kebanyakan restoran seperti ini begitu bersesuaian dengan keadaan sekarang dan ramai pengguna juga akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Baru baru ini, kerajaan mengumumkan Melaka antara negeri dalam negara berdepan PKP berkuatkuasa mulai 12 Mei lalu.

Menerusi perintah itu juga beberapa sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi termasuk restoran, kedai makan, kenderaan bersaji, gerai tepi jalan serta pelbagai lagi dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

Bagaimanapun dalam pengoperasian terbabit kerajaan telah menetapkan kebenaran untuk membungkus sahaja dan tiada saranan makan di kedai mahupun premis dibenarkan. sepanjang perintah itu berkuatkuasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1380
Kongsi :
Previous post Pekerja pusat servis kenderaan positif COVID-19
Next post Hotel Ames & MetraSquare dibenar beroperasi mulai esok
Ubah saiz-+=