Pelancongan ‘trendy’ tarik pelawat ke Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 8 Oktober – Produk pelancongan yang ‘trendy’ bukan sahaja memenuhi citarasa semasa, sebaliknya meningkatkan lagi jumlah kunjungan dan status Negeri Melaka sebagai destinasi pilihan pelawat dunia.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BBP) Jabatan Ketua Menteri Melaka, Saari Basiron berkata, antara produk pelancongan trendy ketika ini adalah ‘Skytrex Adventure’, Bukit Batu Lebah dan Cruise Paya Lebar.

“Selain itu Tourism Melaka sudah mengenal pasti satu lagi tarikan baharu berteraskan eko pelancongan iaitu Penghayatan Habitat Burung di Taman Mutiara Batu Berendam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika mewakili Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salhah Salleh, pada perasmian MATTA Fair Melaka 2022, di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang, Pengerusi MATTA Melaka Chapter Goh Hock Gin dan Pengarah MOTAC Melaka, Jay Yeow .

Sementara itu wakil pempamer dari Taman RamaRama dan Reptilia Melaka, Nur Syakila Ramli berkata, sempena penganjuran MATTA Fair 2022 ini banyak tawaran menarik dibuka buat pengunjung.

“Baru hari pertama penganjuran, namun sambutan dalam kalangan pengunjung berminat mengetahui tawaran kami disediakan amat menggalakkan.

“Khas untuk pengunjung kami sediakan tawaran sehingga 40 peratus untuk mereka yang berminat dengan pakej keluarga. Oleh itu kami amat mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk rebut peluang ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2984
Kongsi :
Previous post UMNO Melaka sedia hadapi PRU-15
Next post Pupuk budaya sukan kepada warga Melaka Tengah
Ubah saiz-+=