Sorting by

×

Pelancongan perkasa ekonomi orang kampung

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER LIMAU 26 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turun padang bagi meninjau Jeti Paya Lebar, Jeti Ramuan China Kecil dan Jeti Telok Berembang yang menjadi pusat aktiviti utama nelayan sungai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.

Kesempatan itu digunakan Ketua Menteri, untuk melihat sendiri keadaan jeti berkenaan dan kemudahan yang disediakan bagi memberi keselesaan kepada nelayan untuk mencari rezeki.

“Tinjauan sebegini memberi kesempatan buat saya mendapat maklum balas daripada kumpulan nelayan dan penduduk sekitar dalam usaha kerajaan sama-sama memajukan sumber ekonomi masyarakat setempat.

“Menjadi hasrat saya untuk meneroka sub sektor ekopelancongan yang mempunyai nilai komersial berimpak tinggi,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Turun padang itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Pada Khamis Ketua Menteri melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi iaitu satu lagi produk ekopelancongan baharu di Sungai Linggi yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan Eco-Cruise Sungai Linggi, Ketua Menteri mahu terus memperkasakan lagi sektor pelancongan di luar bandar dengan matlamat produk yang diwujudkan memberikan manfaat ekonomi dan membantu menambah pendapatan penduduk setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1684
Kongsi :
Previous post TMM2024: ‘Berendam’ dalam Sungai Melaka siapkan pentas terapung
Next post Kapal dari Cameroon ditahan di perairan Kuala Linggi
Ubah saiz-+=