Sorting by

×

Pelancongan Melaka kini di barisan hadapan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI 5 Jun – Sektor pelancongan Melaka terus kehadapan menerusi pelbagai inisiatif yang dilakukan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata, kejayaan itu dapat dilihat menerusi penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang menyaksikan negeri ini menjadi tumpuan dunia dalam sektor pelancongan.

Katanya, pelbagai inisiatif baharu yang disifatkan ‘luar kotak’ telah dijelmakan Ab Rauf seperti hadiah cabutan bertuah kereta pada setiap bulan, tawaran kemasukan percuma ke 11 produk pelancongan, memperkenalkan Zon Bebas Kenderaan dan juga melancarkan inisiatif ‘Bila Larut Malam’ pada Sabtu pertama setiap bulan.

“Saya berharap semua inisiatif ini mendapat sokongan daripada operator-operator pelancongan dan saya yakin jika kita pertahankan suasana menarik, cantik, bersih dan rakyat kita yang ramah, selain kemudahan asas dan pengangkutan bagus, saya percaya Melaka akan terus menjadi negeri pelancongan yang terkenal di negara kita, Malaysia.

“Pada masa sama, ini juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang Melaka sendiri dan membawa limpahan ekonomi kepada peniaga-peniaga kecil seperti peniaga makanan dan cenderamata,” katanya pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini bersempena pelantikan penggal kedua sebagai Yang di-Pertua Negeri, di pejabatnya.

Menurut Tun Dr. Mohd Ali, Melaka juga amat bertuah kerana telah dipilih tuan rumah bagi penganjuran program-program besar di peringkat kebangsaan.

Malah, ujar beliau, Melaka juga telah dikunjungi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, selain Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah beberapa kali menghadiri acara yang diadakan di Melaka.

“Bila pemimpin-pemimpin besar datang ke Melaka mereka akan membawa banyak manfaat dan peruntukan untuk Melaka selain membuka pintu rezeki untuk rakyat negeri ini.

“Mudah-mudahan pelbagai program yang diadakan di Melaka dapat memajukan lagi industri pelancongan dan industri-industri lain sepanjang TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

127
Kongsi :
Previous post Pekerja kilang maut motosikal rempuh Myvi
Next post Saran Melaka jadi pengeluar produk berteknologi tinggi
Ubah saiz-+=