
Pelancongan kesihatan: Melaka teroka pasaran Vietnam
SERI NEGERI 7 Mac – Potensi sektor pelancongan kesihatan Negeri Melaka akan terus dikembangkan dengan meneroka pasaran baharu di beberapa negara termasuk Vietnam.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, selain Vietnam, usaha menarik lebih ramai pelancong kesihatan dari Batam, Pekan Baru, Bengkalis, Dumai dan beberapa kepulauan lain di Indonesia juga akan terus dipergiatkan lagi.
“Promosi pelancongan kesihatan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai industri seperti penerbangan, pengilangan dan industri, klinik selain rumah sakit di negara-negara yang berkenaan.
“Pusat informasi akan diwujudkan di kepulauan berkenaan bagi memperkasakan lagi promosi dan menyebarluas tawaran kita tawarkan, sekali gus menarik lebih ramai mereka yang memerlukan rawatan untuk datang ke Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN MAIM ‘PENGUAT’ KUDRAT IBU OKU
PAYA RUMPUT 13 Mac - Berbekalkan sebahagian duit sumbangan persediaan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Hazlina Jaafar, 50,...
PELAJAR SEKOLAH MAUT DALAM NAHAS DUA MOTOSIKAL
KUALA LINGGI 13 Mac - Seorang pelajar Tingkatan 4 maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan...
DERMA DARAH IMARAH RAMADAN
PENGKALAN BATU 13 Mac - Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka (PUAM) menyahut seruan kempen derma darah di bulan Ramadan ini...
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...