Pelancongan ‘Glamping’ tarikan terbaharu Pulau Besar

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

TELOK MAS 29 Jan – Sasaran Melaka mencapai 5.6 juta pelancong tahun ini mampu dicapai dengan wujudnya tarikan baharu seperti eko pelancongan di 16 pulau di perairan Selat Melaka.

EXCO Pelancongan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya kini sedang membangunkan tapak tarikan eko pelancongan Glamping (perkhemahan) di Pulau Besar yang kaya dengan sejarah dan landskap menarik.

“Pembersihan tapak yang kita beri nama Pantai Laguna sepanjang 200 meter sudah dijalankan. Bukan saja pantai yang cantik lokasi itu juga berhampiran hutan bakau.

“Pembangunan kawasan itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN),” katanya.

Beliau berkata, demikian selepas melepaskan peserta Pulau Besar New Year Challenge 2022 di Pulau Besar, hari ini.

MUHAMMAD Jailani ketika melepaskan peserta Program Pulau Besar New Year Challenge 2022 di Pulau Besar, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Salhah Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif MPPM Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) Azhar Yaaacob.

Bagi menjayakan perancangan itu Muhammad Jailani akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Nancy Syukri minggu depan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penganjuran Pulau Besar New Year Challenge 2022, Muhammad Jailani berkata, lebih banyak pertandingan seumpama itu akan diadakan selepas ini.

MUHAMMAD Jailani. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kali ini jumlah penyertaan dihadkan kepada 120 peserta saja kerana perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mungkin selepas ini MKN boleh beri kelonggaran SOP agar penganjuran selepas ini lebih meriah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1077
Kongsi :
Previous post Bonus bawa keluarga bercuti di Melaka
Next post Permintaan tinggi punca telur gred C ‘hilang’ di pasaran
Ubah saiz-+=