
Pelancong ke Langkawi gunakan pesawat tidak perlu surat polis – KJ
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Individu yang menggunakan pesawat udara untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 Sept ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy dalam ciapan di laman Twitter berkata hanya mereka yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri tersebut sahaja perlu berbuat demikian.
“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, surat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya diperlukan sekiranya pelancong melalui jalan darat,” katanya.
Pada 9 Sept, kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pulau peranginan di utara tanah air yang dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis program gelembung pelancongan itu adalah terhad kepada individu yang lengkap dos vaksin COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...