Sorting by

×

PELAN PEMBANGUNAN DATA RAYA 2035 BAKAL DILANCARKAN DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 November – Melaka bakal melancarkan Pelan Pembangunan Data Raya Negeri Melaka 2035 (PPDR 2035) pada Disember ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata pelancaran itu akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, pelan tersebut merupakan komitmen jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan Melaka terus berada di barisan hadapan dalam revolusi data raya.

“Pelan ini menggariskan strategi-strategi penting dalam memperkukuh infrastruktur digital, memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan memastikan setiap sektor dapat memanfaatkan teknologi data raya secara optimum untuk pembangunan negeri yang mampan.

“Ia akan menjadi garis panduan kepada kita untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang data, saya percaya ia akan menjadikan Melaka sebuah negeri yang lebih pintar dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Pelan ini juga mengambil masa tempoh dua tahun untuk disiapkan dengan kerjasama semua agensi dan jabatan berkaitan termasuk Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Melaka Intelligence Centre 2024: Menjalin Kolaborasi Kerajaan, Akademia dan Industri di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), Prof.Madya Dr. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam memaklumkan pelan pembangunan tersebut juga salah satu daripada perancangan dalam PPDR 2035 iaitu menubuhkan Pusat Kecerdasan Melaka.

“Ia sebagai satu platform pusat yang menyatukan pelbagai data-data straegik kerajaan, menjalankan kajian ‘public sentiment’, Disaster and Recovery Management, Tourism and Cultural Analytics, serta Smart City ‘integration’.

“Usaha ini dijangka dapat memperkukuh keupayaan kita dalam merangka dasar yang lebih efisien dan responsif terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

288
Kongsi :
Previous post BOLEH PANGGIL SAYA ‘ACIK ZUL’
Next post REBUT PELUANG SEWA UNIT HARTANAH MAIM
Ubah saiz-+=