
Pelakon terlibat kes pukul dibebas dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Seorang pelakon lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat kes pukul seorang penduduk kondominium di Sentul di sini Khamis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki warga tempatan berusia 30-an yang direman bagi membantu siasatan itu, telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai merekodkan keterangannya.
Beliau ketika dihubungi berkata kertas siasatan melibatkan suspek akan dilengkapkan segera untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.
Beberapa media sebelum ini pelakon itu ditahan selepas dikatakan menumbuk dan menendang seorang lelaki yang dipercayai sedang bertengkar dengan pengawal keselamatan kodominium berkenaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
