
Pelakon, pengarah Jit Murad meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pelakon teater, pengarah dan penulis terkenal Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad, 62, meninggal dunia hari ini.
Perkara itu disahkan oleh rakannya pelawak Harith Iskander semasa dihubungi Bernama, dan beliau turut memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara esok.
Harith dalam catatan Instagram berkata: “Sahabatku Jit Murad … andalah segalanya bagiku sebelum bertemu Jez (Jezamin Lim-isteri Harith).. kehilanganmu amat dirasai, anda seorang yang bijak berbicara dengan keletahmu, Al-Fatihah” katanya.
Sementara itu Presiden OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi turut menyampaikan ucapan takziah menerusi akaun Twitter dan berkata: “Keadaan tidak lagi sama seperti dahulu tanpa anda bersama kami Jit (Jit Murad). Kehilanganmu amat dirasai. Bersemadilah dengan aman, daripada dia kita datang, kepada dia kita kembali. Al-Fatihah”.
Selain itu pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, atau dikenali sebagai Que Haidar dalam catatan instagramnya erkata: “Jit Murad, pelakon cemerlang, antara pelakon yang benar-benar saya hormati lakonannya. Kehilangan yang cukup besar dalam dunia lakonan. Al-Fatihah,”. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...