
Pelajar tingkatan lima maut dihempap pokok durian
SIK 6 Julai – Seorang pelajar tingkatan lima yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas dihempap pokok durian di Kampung Charuk Sireh di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata ketika kejadian mangsa Muhammad Assif Md Zahid, 17, dikatakan menunggang motosikal bersendirian menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lapan.
Beliau berkata pihaknya mendapat laporan daripada ibu mangsa pada 7.44 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Siasatan awal telah dijalankan dan tidak menemui sebarang kesan jenayah atau khianat. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Difahamkan kawasan tersebut mengalami hujan sepanjang malam hingga pagi tadi dan tiada saksi yang melihat kejadian itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...