
Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
SEREMBAN, 26 Mei – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang empat lampu isyarat Jalan Tunku Kursiah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kemalangan pada 8.45 pagi itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Redza itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa dari arah Seremban menuju ke Sikamat telah melanggar lampu isyarat berwarna merah lalu melanggar bahagian kanan lori jenis Isuzu yang datang dari arah simpang kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...
PENOLONG PENGURUS BANK RUGI LEBIH RM28,000 AKIBAT PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD
JEMPOL 3 Mac - Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di...
JUAL 5,000 ANEKA KUIH SETIAP HARI
PENGKALAN BATU 3 Mac - Pejam celik, pejam celik, sudah 14 tahun Siti Suhana Bustaman, 35, berniaga di pasar Ramadan...
POLIS TAHAN SEPASANG WARGA EMAS BANTU SIASATAN KES LANGGAR LARI
KUALA LUMPUR 3 Mac - Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan...
KONGSI ILMU URUS SISA PEPEJAL, PERLUAS KEMPEN KITAR SEMULA
JASIN 3 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...