
PELAJAR SEKOLAH MAUT DALAM NAHAS DUA MOTOSIKAL
KUALA LINGGI 13 Mac – Seorang pelajar Tingkatan 4 maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Taman Kelisa, Kuala Sungai Baru, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Muhammad Alif Ramadani A. Ramli, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 14 tahun patah kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang maut dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Sungai Baru menghala ke Kuala Linggi.
Menurutnya, ketika melalui lokasi di hadapan Taman Kelisa, motosikal jenis Yamaha 115Z yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan dipercayai tiba-tiba membelok ke kanan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan Pol 61 telah diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, kenderaan yang terlibat juga telah ditahan dan dibawa ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan selanjutnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JPJ MELAKA SITA KERETA MEWAH, KELUAR 128 NOTIS PELBAGAI KESALAHAN
AYER KEROH 13 Mac - Sebuah kereta mewah disita dan 128 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka...
KPDN SERBU DUA PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM BEROPERASI SECARA HARAM, KOTOR
CHERAS 13 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menyerbu...
BANTUAN MAIM ‘PENGUAT’ KUDRAT IBU OKU
PAYA RUMPUT 13 Mac - Berbekalkan sebahagian duit sumbangan persediaan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Hazlina Jaafar, 50,...
DERMA DARAH IMARAH RAMADAN
PENGKALAN BATU 13 Mac - Persatuan Usahawan Automotif Negeri Melaka (PUAM) menyahut seruan kempen derma darah di bulan Ramadan ini...
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac - Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga...
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...