
Pelajar Politeknik Merlimau maut kereta bertembung lori dedak
RIM 21 Mei – Pelajar semester 5 jurusan perdagangan Politeknik Merlimau maut selepas kereta dipandunya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Sempang Kerayong, Lipat Kajang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa R V Shivwanyaanan, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira sedang dalam perjalanan arah Jasin menghala ke Merlimau.
Katanya, setiba di lokasi, kereta mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori yang membawa muatan dedak ayam dipandu lelaki berusia 29 tahun.
“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jasin bagi menjalankan bedah siasat.
“Ujian air kencing ke atas pemandu juga mendapati negatif barang terlarang,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...