Pelajar lengkap vaksin boleh pulang UiTM

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

LENDU 8 Sept – Lengkap divaksin antara enam kriteria ditetapkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada setiap pelajarnya untuk pulang ke kampus bagi mengikuti pengajian bersemuka dijangka pada Oktober depan.

Naib Canselor UiTM, Profesor Ts. Dr. Roziah Janor berkata, selain divaksin lengkap, pengurusan universiti juga menetapkan bilangan pelajar dibenarkan pulang semula ke kampus juga tidak melibatkan kapasiti penuh.

Jelasnya, sesi kemasukan pelajar setiap cawangan universiti itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan kapasiti 50 peratus melibatkan keseluruhan 115,000 pelajar.

“Dengan kapasiti ini membolehkan penggunaan ruang diminimumkan, malah setiap ruangan yang digunakan juga perlu menggunakan SOP ditetapkan termasuk ruangan akademik serta asrama.

“Kira-kira enam kriteria yang direncanakan dalam perbincangan pengurusan universiti untuk membenarkan pelajar pulang ke kampus masing-masing dan kaedah pengajian juga dijalankan secara ‘Open Distant Learning’ atau pembelajaran terbuka dan secara jarak jauh.

“Malah, kita juga ambil pendekatan kursus mana yang berkepentingan untuk pulang ke kampus yang mana sesetengah kursus memerlukan kelas fizikal dan bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam lawatan ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Kampus UiTM Lendu, Alor Gajah.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, penilaian terhadap pelajar yang menjalani latihan industri di semester akhir juga akan diambil perhatian.

Katanya, latihan industri akan dilaksanakan mengikut kesesuaian kursus yang diikuti pelajar.

“Jika ada industri yang dijalankan menggunakan kaedah atas talian kita teruskan dan jika tiada kita perlu menggunakan kaedah alternatif.

“…perkara ini dibawah pengurusan koordinator mereka dan pelajar boleh berurusan dengan koordinator di setiap kursus masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

488
Kongsi :
Previous post Apekehenye yeop!!!
Next post Suami isteri antara empat ditahan curi sarang kelulut
Ubah saiz-+=