
Pelajar lelaki meninggal dunia ketika merentas desa di Terengganu
MARANG, 10 Mei – Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata dalam kejadian pada 8.34 pagi itu, pelajar tersebut, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan.
“Berdasarkan temu bual bersama beberapa saksi pelajar sekolah yang sama, mereka telah cuba memberi bantuan pernafasan namun keadaan mangsa semakin lemah.
“Guru yang bertugas telah membawa mangsa ke klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan namun doktor memaklumkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata terdapat luka di bahagian atas kening sebelah kanan, calar di bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri yang dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.
Hasil pemeriksaan pada fizikal mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS MELAKA PANGGIL PEMPENGARUH YOUTUBE TERKENAL
AYER KEROH 5 Mei – Gara-gara video tular menunggang kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, semalam, Polis Melaka akan memanggil...
TUN DR. MOHD ALI LANCAR BUKU ‘JEJAK HARAMAIN KE ISTANBUL’
KUALA LUMPUR, 5 Mei - Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, hari ini melancarkan buku 'Jejak...
MELAKA PERGIAT KEMPEN TUKAR KAD OKU BAHARU
AYER KEROH 5 Mei - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menerima sebanyak 474 permohonan penukaran kad Orang Kurang Upaya (OKU)...
DBP WILAYAH SELATAN – MELAKA HARI INI JALIN KERJASAMA MARTABAT BAHASA MELAYU
AYER KEROH 5 Mei - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan menjalin kerjasama dengan Melaka Hari Ini (MHI) Sdn...
SENARAI PEMAIN MELAKA FC AKAN DIMUKTAMADKAN HUJUNG BULAN INI – NUR AZMI
MELAKA, 5 Mei - Persediaan Melaka FC untuk bersaing dalam saingan liga elit negara, Liga Super semakin menyakinkan apabila senarai...
MARITIM GAGALKAN SINDIKET SELUDUP CECAIR DADAH BERNILAI RM15 JUTA DI PENGKALAN BALAK
KUALA LINGGI 5 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan sindiket menyeludup keluar cecair bahan kimia mengandungi...