Sorting by

×

Pelajar kurang ceburi STI, hanya capai 40 peratus

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 10 Sept. – Pembudayaan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi,dan Inovasi (STI) perlu dipertingkatkan di rumah bagi memperkasa pembangunan negara ke arah berteknologi tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Inovasi) negeri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Noor Effandi Ahmad berkata tahap pembabitan pelajar dalam bidang itu atau dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dilihat semakin kurang dengan hanya 40 hingga 45 peratus sahaja.

Katanya, jumlah itu dilihat tidak mencapai sasaran sebagaimana disarankan kerajaan yang mahu penyertaan pelajar dalam bidang itu sekurang-kurangnya mencapai 60 peratus.

“Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan, namun mungkin pembudayaan dalam kalangan pelajar sendiri masih kurang.

“Pembudayaan di peringkat ibu bapa terhadap anak-anak perlu dipertingkatkan atau mereka sendiri takut untuk mempelajari sains dan teknologi, jadi perlu dilakukan pembudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Melaka di Universiti Teknikal Melaka (UTeM), di sini.

Hadir sama,, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr. Mohd Nor Azman Hassan dan Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim.

Views:

548
Kongsi :
Previous post 465 kes cubaan bunuh sejak Januari hingga Jun
Next post Media tradisional disaran “upskill” dan “reskill” tenaga kerja
Ubah saiz-+=