
Pelajar KUIM terima sumbangan ‘food bank’
KUALA LINGGI 5 Nov. – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menerima sumbangan ‘food bank’ untuk diagihkan kepada pelajar memerlukan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Naib Canselor KUIM Datuk Prof. Dr. Mohd Taib Dora berkata, sumbangan tersebut diterima selepas menerima kunjung hormat YaPEIM yang diwakili Pengurus Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Mohd Redza Abdul Wahid.
“KUIM menerima kunjung hormat daripada YaPEIM bagi menyampaikan sumbangan ‘food bank’ kepada pelajar KUIM.
“Pihak KUIM amat berbesar hati dengan sumbangan yang diberikan. Semoga segala perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Baharom Said.
Dalam majlis berkenaan, YaPEIM menyampaikan sumbangan Food Bank 2.0 berjumlah RM7,350 berbentuk kupon makanan kepada 150 pelajar.
Selain itu, turut disampaikan sumbangan RM44,500 Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia kepada 89 pelajar membabitkan bantuan yuran pengajian.
Views:
Related
Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...