
Pelajar kolej perubatan di Melaka positif COVID-19
AYER KEROH 22 Jan – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesahkan seorang pelajar sebuah kolej perubatan di Melaka positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya menerima notifikasi mengenai kes berkenaan dan pelajar terbabit dimasukkan ke Hospital Melaka kelmarin.
“Justeru itu, pihak pengurusan kolej berkenaan mengambil langkah kawalan dan semua kelas secara panggilan video dari bilik penginapan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, kes berkenaan masih dalam siasatan dan JKN masih mengenal pasti jumlah kontak rapat pelajar tersebut.
Jelasnya, pelajar itu bagaimanapun tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster sedia ada di negeri ini.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...