
Pelajar cemerlang SPM, STAM, STPM di Melaka bakal terima insentif
SERI NEGERI 18 Jun – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini bakal menerima bayaran insentif daripada kerajaan negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM155,000 untuk bayaran insentif berkenaan.
“Menyentuh tentang pelajaran juga, Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar, ibu bapa, guru-guru dan kepimpinan sekolah yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2020 yang diumumkan minggu lalu.
“Seramai 215 orang pelajar memperoleh keputusan semua A, termasuk empat orang yang memperoleh keputusan semua A+.
“Untuk ini, Kerajaan Melaka melalui TAPEM memperuntukkan kira-kira RM155,000 untuk bayaran insentif Anugerah Pelajar SPM, STAM dan STPM,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...


