‘Pelaburan’ suburkan syiar Islam – KM
AYER LIMAU 28 Ogos – Penganjuran karnival berunsurkan Islamik khususnya membabitkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu memperkasakan lagi pembangunan agama Islam di Melaka.
Terbaharu penganjuran Karnival Islamik DUN Ayer Limau (Kalam Ilahi) 2022 dikunjungi lebih 1,000 penduduk sekitar sepanjang dua hari diadakan di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, bermula semalam dan berakhir hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali secara peribadi berpendapat jumlah kewangan diperuntukkan bagi menjayakan program itu sebagai ‘pelaburan’ untuk mempertingkatkan
lagi penghayatan dan pemahaman terhadap Kalam Ilahi.
“Selain itu kita dapat mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Saya difahamkan, karnival ini adalah program anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah Alor
Gajah dan Japerun Limau adalah yang pertama kalinya diadakan secara berskala besar.
“Program ini dilaksanakan secara umumnya bagi menyemarakkan usaha dalam mencintai kalam agun di peringkat Daerah Alor Gajah khususnya bagi DUN Ayer Limau agar penghayatan terhadap al-Quran dapat dihayati dengan baik seterusnya syiar Islam akan terus berkembang,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika berucap pada majlis perasmian karnival berkenaan, di sini, hari ini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Sulaiman berkata, Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyokong usahausaha yang berkaitan dengan pembangunan Islam dan umatnya dalam menunaikan tuntutan agama serta keperluan syiar Islam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.