Pelaburan Melaka melepasi RM5 bilion setakat Ogos – KM
BANDA HILIR 9 September – Kerajaan Negeri optimis akan mencapai sasaran nilai pelaburan sehingga RM8 bilion menjelang hujung tahun ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata setakat Ogos, nilai pelaburan di Melaka telah mencecah lebih RM5 bilion.
Katanya, nilai tersebut berjaya dicapai menerusi pelaburan tambahan daripada gergasi industri Texas Instrument dan beberapa syarikat multinasional lain.
“Kita sudah capai sasaran dengan Texas Instrument yang membawa pelaburan bernilai RM5 bilion, saya juga akan ada acara rasmi pecah tanah (kilang/industri) pemasangan kereta EV (kenderaan elektrik) di Alor Gajah nanti yang membawa pelaburan bernilai lebih setengah bilion.
“Nanti kita ada penambahan pelaburan dari Infineon (Infineon Technologies AG) yang akan mengembangkan lagi sayap pengeluaran di kilangnya pada Zon Perindustrian 12 dengan nilai pelaburan yang akan saya umumkan nanti.
“Sasaran Ogos telah sampai RM5 bilion dan pastinya kita boleh melepasi sasaran RM8 bilion pada hujung tahun ini, insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Mustafa Jewellery di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TVET ‘KUNCI’ MASA DEPAN MELAKA
BIDANG Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini menjadi tumpuan utama buat Kerajaan Melaka yang bertujuan mengubah landskap ekonomi...
AB RAUF DILANTIK IKON HASIL MELAKA
AYER KEROH 4 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ikon HASiL Negeri Melaka oleh...
MELAKA WAJIBKAN POTONGAN GAJI EXCO UNTUK CUKAI BERJADUAL
AYER KEROH 4 Disember - Semua Exco Kerajaan Negeri akan diwajibkan untuk melaksanakan pemotongan gaji bagi pembayaran cukai berjadual di...
MANEK SULAMKAN SI AYER MATA, ANGKAT SENI HALUS KASUT MANIK
AYER KEROH 4 Disember - Teater Perpaduan Peranakan: Manek Sulamkan Si Ayer Mata mengangkat keunikan seni halus kasut manik yang...
TIGA INSTITUSI TVET TERJEJAS BANJIR SEGERA DIBAIKI – AHMAD ZAHID
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Tiga institusi pengajian yang menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terjejas banjir...
SASAR 3,000 SERTAI JELITA SETIAP TAHUN – TPM
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 peserta pada...