
Pekerja ulang alik Melaka-Seri Kembangan cetus kluster baharu
AYER KEROH 14 April. – Kluster Taman Malim Jaya diumumkan sebagai kluster baharu di Melaka apabila mencatat keseluruhan 13 kes positif COVID-19 setakat semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster itu berpunca daripada kes indeks iaitu seorang lelaki berusia 32 tahun yang berulang-alik dari Taman Malim Jaya ke tempat kerjanya di Seri Kembangan, Selangor.
Menurutnya, sehingga kini seramai 52 kontak rapat telah disaring membabitkan ahli keluarga dan rakan sekerja kes indeks terbabit.
“Daripada 52 yang disaring 13 orang positif manakala bakinya disahkan negatif.
“Punca jangkitan ialah pergaulan di tempat kerja serta aktiviti sosial bersama ahli keluarga,” katanya.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Kluster Taman Malim Jaya menjadi kluster terbaharu di Melaka hasil saringan individu bergejala yang disahkan positif COVID-19 pada 12 April lalu.
KKM dalam satu kenyataan memaklumkan kluster itu diklasifikasikan sebagai kluster komuniti melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin yang mana nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...