
Pekerja pusat servis kenderaan positif COVID-19
AYER KEROH 16 Mei – Melaka merekodkan pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Semabok melibatkan tempat kerja sebuah pusat servis kenderaan di daerah Melaka Tengah.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, kes indeks merupakan seorang pekerja di premis tersebut yang berumur 37 tahun.
“Individu tersebut tidak mempunyai sejarah pergerakan rentas negeri serta tiada kontak kepada kes positif.
“Seramai 81 kontak rapat telah dikenalpasti melibatkan 21 orang kontak keluarga dan 60 kontak tempat kerja,” kata kenyataan itu.
Manakala, sebanyak 10 kes yang dikenalpasti merupakan kontak rapat kepada kes indeks.
“Kluster ini telah menular sehingga generasi keempat, sehingga kini secara kumulatif sebanyak 11 kes positif COVID-19 dikesan termasuk kes indeks,” katanya.
Bagaimanapun bagi perincian kes sebanyak 122 positif direkodkan yang mana 106 kes tempatan dan 16 kes import.
“Sebanyak 859 kes sedang dirawat, 31 di unit rawatan rapi (ICU) dan sembilan menggunakan bantuan alat pernafasan.
“Terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu 14 kes Kluster Kampung Hilir Alor Gajah, tiga kes Kluster Air Budi, tiga kes Kluster Kopitiam Machap Baru dan dua kes Kluster Sebatu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...