
Pekerja positif COVID-19, pasar raya di Melaka Mall ditutup enam hari
AYER KEROH 18 Jun – Sebuah pasar raya di Melaka Mall, di sini, ditutup bermula hari ini selepas terdapat dua pekerjanya disahkan positif COVID-19.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan premis berkenaan akan ditutup selama enam hari sehingga 23 Jun ini.
“Penutupan itu bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi di premis berkenaan dalam usaha mengawal jangkitan daripada merebak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Semalam, pasar raya berkenaan dalam satu kenyataan mengesahkan premis itu ditutup bermula hari ini bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi.
Kenyataan itu berkata, penutupan itu juga sebagai langkah awal untuk memastikan keselamatan para pelanggannya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...
CHARITY OUTLET MELAKA MALL SEDIA BAJU PERCUMA
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meneruskan inisiatif menyediakan pakaian terpakai percuma di pusat derma...
ANGGOTA POLIS MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN LORI
SEREMBAN 10 Mac - Seorang anggota polis lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di di KM...