
Pekerja ladang patah kaki dipijak gajah liar
KUANTAN, 6 Julai – Seorang pekerja ladang dilaporkan luka dan patah pergelangan kaki kiri selepas dipijak gajah liar di Ladang Semantan Mentakab,Temerloh bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul semalam.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang Rozidan Md Yasin berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 55 tahun telah menghubungi penolong pengurus ladangnya untuk memaklumkan insiden berkenaan.
Sejurus itu, beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, anggota Perhilitan telah pergi ke lokasi kejadian selepas menerima aduan pada 4.15 petang semalam dan menemukan kesan tapak gajah liar yang dianggarkan sebanyak tujuh ekor selain sepasang kasut dan topi milik mangsa.
“Perhilitan sedang memantau situasi pergerakan gajah ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....