
Pekerja kilang parah motosikal terbabas elak babi
ALOR GAJAH 14 Jun – Seorang pekerja kilang parah selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Jalan Brisu, di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa Zulkarnain Mokhtar, 32, yang menunggang motosikal Honda RS150R cedera di kepala dan patah tulang rusuk kanan.
Ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumah di Ramuan Cina ke tempat kerjanya di Pegoh.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima panggilan dari pondok polis Hospital Melaka mengenai kemalangan terbabit pada jam 2.30 petang kelmarin.
Beliau berkata, susulan itu pasukan penyiasat ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan.
“Sebaik tiba di lokasi motosikal mangsa sudah dialihkan dan polis kemudian menghubungi warisnya.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak binatang dipercayai babi yang melintas sebelum terbabas,” katanya.
Beliau berkata, akibat daripada itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang rusuk dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Views:
Related

Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...