
Pekerja kilang didakwa bunuh pesara
MELAKA, 5 Mei – Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang pesara, Februari lepas.
Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Syafiq bersama seorang lagi didakwa menyebabkan kematian Sa’adon Sahat, 57, di belakang bangunan premis tiga tingkat, Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim antara 2.44 pagi hingga 3.10 pagi pada 27 Feb lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha manakala tertuduh diwakili peguam R. Ryshinah.
Mahkamah menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan mangsa dilanggar dengan kereta dan diseret kira-kira 20 meter oleh dua pemuda selepas mangsa menegur mereka memasang lagu terlalu kuat di dalam kereta sehingga mengganggu keamanan setempat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...