
Pekerja kilang cemas topi keledar jadi sarang lebah
ALOR GAJAH 6 Feb – Seorang pekerja kilang berdepan detik cemas apabila topi keledar yang diletakkan pada motosikalnya menjadi sarang lebah dalam kejadian petang semalam.
Difahamkan kejadian itu disedari ketika pekerja berkenaan hendak pulang ke rumah selepas habis waktu bekerja sebelum bertindak menghubungi Pejabat Daerah Angkatan Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah.
Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik PDPA Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom memaklumkan, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang, sekumpulan empat anggota dikejarkan ke lokasi.
Katanya, sejurus tiba anggota APM mengalihkan topi keledar itu ke kawasan selamat sebelum membakar kertas bagi menghalau lebah.

“Kejadian ini agak unik kerana lebah hinggap di dalam topi keledar.
“Kebiasaanya anggota kami banyak mengendalikan kes-kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok selain di rumah penduduk,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 5.15 petang selepas kesemua lebah berjaya dihalau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...