
Pekerja kilang buang mayat bayi direman
AYER KEROH 24 Jun – Lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Anuar Ostadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, suspek lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuangnya, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
MHI semalam melaporkan mayat bayi lelaki tidak sempurna disyaki berusia antara lima hingga tujuh bulan dalam kandungan ditemui dalam lubang kumbahan di Kampung Kandang, kira-kira jam 4.30 petang.
Susulan penemuan itu, seorang wanita berusia 23 tahun bersama teman lelakinya berusia 25 tahun ditahan untuk siasatan.
Bagaimanapun, suspek wanita berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan menerima rawatan di Hospital Melaka bagi pengesahan kelahiran bayi.
Views:
Related
Berita Lain
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
BENTUK MAHASISWA HARUMKAN NAMA MASJID TANAH
LENDU 16 Mac - Lebih 200 penuntut universiti diraikan pada program Meet & Iftar Mahasiswa Masjid Tanah berlangsung di sebuah...