
Pekerja kilang ais cemas, gas ammonia bocor
ALOR GAJAH 6 Ogos – Lima pekerja warga asing sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kebocoran gas ammonia di sebuah kilang memproses ais di Masjid Tanah, semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam empat pekerja warga Nepal dan seorang Bangladesh berada di premis berkenaan.
“Turut berada di kilang terbabit semasa kejadian adalah seorang lelaki warga tempatan yang bertugas sebagai pengawal keselamatan namun kesemua mereka dilaporkan terselamat.
“Susulan kejadian itu seramai 23 orang anggota termasuk tiga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, hasil siasatan pasukan bomba mendapati kejadian berpunca daripada kebocoran pada saluran dalam kilang ais berkenaan.
“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) yang tiba di lokasi kemudian berjaya mengawal kebocoran dan menurunkan paras ammonia daripada bacaan bahaya iaitu 500 PPM menurun kepada 300 PPM.
“Pasukan bomba masih meneruskan pemantauan bagi memastikan tiada sebarang bahaya dan selamat untuk beroperasi semula,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...