
Pejalan kaki maut dirempuh kereta
KUALA LINGGI 13 Mac – Seorang warga emas maut dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki menuju ke pondok bas di Jalan Ayer Molek, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Kamarudin Md Jali, 62, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat rempuhan tersebut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, kereta yang dipandu lelaki berusia 57 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Paya Lebar, Lubok China menghala ke arah Kuala Sungai Baru.
Katanya, ketika sampai di lokasi kereta berkenaan dipercayai terbabas ke arah kiri jalan dan melanggar pejalan kaki yang sedang menuju ke pondok bas berhampiran bagi menunggu van ke tempat kerjanya di sebuah kilang ayam.
“Siasatan di tempat kejadian mendapat keadaan berlaku di jalan dua lorong dan berselekoh, selain cuaca di lokasi adalah baik.
“Akibat rempuhan itu, mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta mengalami kecederaan di tangan,” katanya.
Menurut beliau, saksi awam juga diminta tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...