Pejabat SKM Masjid Tanah mudahkan urusan koperasi

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

LENDU 21 Mac – Operasi pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di pekan Masjid Tanah, di sini perlu dimanfaatkan anggota komuniti terutama pemimpin dan ahli koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penubuhan pejabat itu di kawasan luar bandar bertujuan memudahkan pemimpin koperasi berurusan dengan pejabat itu.

PEJABAT SKM di pekan Masjid Tanah yang dirasmikan Wan Junaidi.

“Kementerian juga mahu lebih banyak koperasi ditubuhkan di negara ini dan di Masjid Tanah ini, operasi pejabat SKM memberikan kemudahan untuk pegawai SKM memberi bimbingan kepada pemimpin dan ahli koperasi.

“Saya harap lebih ramai anggota komuniti memanfaatkan kemudahan disediakan pejabat SKM dengan menubuhkan koperasi masing-masing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat SKM Cawangan Masjid Tanah di pekan Masjid Tanah hari ini.

Beliau turut menyampaikan pelbagai pembiayaan kepada usahawan dan koperasi seperti Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) sebanyak RM1.2 juta kepada 11 koperasi, selain bantuan Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) dan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kepada 10 usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Yang turut hadir, Timbalannya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1576
Kongsi :
Previous post Urusan pindah nama koperasi dipermudah-Wan Junaidi
Next post COVID-19 di Melaka terkawal biarpun ada peningkatan kes babitkan ahli keluarga
Ubah saiz-+=