PEJABAT KASTAM ZON PERINDUSTRIAN BEBAS BERUSIA 25 TAHUN DIBAIK PULIH

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PENGKALAN BATU 7 September – Bangunan Pejabat Kastam Zon Perindustrian Bebas di Batu Berendam kini menyediakan ruang kerja lebih selesa buat pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas selesai menjalani kerja-kerja baik pulih yang dilaksanakan Invest Melaka Berhad Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad, Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, kerja-kerja baik pulih bangunan berusia hampir 25 tahun itu telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM50,000.

Menurutnya, bangunan pejabat pada asalnya dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun 2000 mengalami kerosakan pada bumbung mengakibatkan kebocoran selain keretakan dinding dan kaki lima.

“Kerja-kerja pemulihan diluluskan Ahli Lembaga Pengarah Invest Melaka Berhad termasuklah Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merangkap Pengerusi pada Jun lalu.

“Sebagai Pihak Berkuasa Zon lantikan Kementerian Kewangan Malaysia pada 15 Oktober 2020, kami diberikan mandat dan tanggungjawab untuk menyediakan keperluan bagi aktiviti perkastaman di Zon Perindustrian Bebas Batu Berendam dan Tanjung Kling,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan lawatannya ke bangunan pejabat itu, di sini, semalam.

Lawatan itu diketuai Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Timbalan Pengerusi Invest Melaka Berhad, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Hadir sama pada lawatan itu Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin; Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Aidid Tajuddin; Pengarah Kastam negeri, Nadzri Che Ani; Timbalan Pengarah Kastam negeri, Rizaman Abd Rahman; Ketua Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat, Wan Marini Wan Hamzah; Ketua Bahagian Perkastaman negeri, Azman Yaakob serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

198
Kongsi :
Previous post 1,000 MERIAHKAN JAMUAN TEH NEGERI BERSAMA TUN DR. MOHD ALI
Next post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA TERAP ELEMEN ISLAMIK – KM
Ubah saiz-+=