
Peguam Shafee lepas, bebas kes LHDN dan ubah wang haram RM9.5 juta
KUALA LUMPUR, 28 Okt – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee, 70, di akhir kes pendakwaan.
Muhammad Shafee didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI HIDANG MAKANAN LAUT
SUNGAI RAMBAI 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijadualkan berlangsung di Homestay Pak...
KAK SOM OPTIMIS TUNAI MANIFESTO
PENGKALAN BATU 15 April - Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) antara janji manifesto Pilihan Raya...
SELISIH FAHAM ANGKARA PARKIR, WARGA EMAS PATAH TULANG BELAKANG
ALOR GAJAH 15 April - Warga emas patah tulang belakang selepas ditolak seorang lelaki akibat perselisihan faham dalam kejadian di...
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...