Sorting by

×

Pegawai polis antara empat direman bantu siasatan kes rasuah

Masa Membaca:55 Saat

GEORGE TOWN 26 Feb. – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan direman bersama tiga lelaki lain bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dengan membocorkan maklumat berhubung sindiket pengedaran dadah di negeri ini, sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai berusia 43 tahun itu bersama seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, 40, dan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP),36, direman dua hari bermula hari ini, manakala seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Mac depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret George Town, Muhammad Azam Md. Eusoff di sini, pagi tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira pukul 10.30 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan diiringi pegawai SPRM.

Pegawai kanan polis dan kakitangan MBPP diwakili peguam, K Kumaran, anggota polis diwakili peguam, V Muniandy manakala ahli perniagaan tersebut tidak diwakili peguam.

Kesemua suspek dipercayai menerima rasuah secara bulanan membabitkan nilai kira-kira RM500,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post Jangan ragu suntik vaksin – Mufti
Next post Pelajar KUIM dilantik Duta Mahasiswa Bank Islam
Ubah saiz-+=