
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata ia bermula pada bulan Disember tahun lepas apabila lelaki berumur 40 tahun itu dihubungi ahli sindiket yang menyamar sebagai anggota polis.
Beliau berkata suspek mendakwa lelaki itu akan dikenakan tindakan kerana didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta penggubahan wang haram.
“Lelaki itu yang panik dan takut, telah membuat 15 kali transaksi berjumlah RM303,750 ke sembilan akaun bank berbeza daripada 29 Disember 2024 hingga 24 Februari lepas.
“Selain wang simpanan, pengawal keselamatan itu turut membuat pinjaman peribadi dan meminjam wang dari rakan-rakan bagi mengelak berdepan hukuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Mohd Razi berkata selepas menyedari ditipu, lelaki itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman 12.57 tengah hari semalam, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April - Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada...
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...