Sorting by

×

PEDi luaskan jaringan pasaran 150 usahawan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DUYONG 22 Oktober – Perkongsian dan pendedahan ilmu dilaksanakan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berjaya meningkatkan jaringan pasaran produk150 usahawan seluruh negeri ini.

Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, mereka yang dibantu adalah usahawan yang bertapak di hampir 40 PEDi mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, setiap PEDi disasarkan untuk membantu lima usahawan dalam DUN masing-masing, sekali gus membantu merancakkan lagi ekonomi setempat dan Negeri Melaka.

“Contoh di DUN Duyong sendiri, tiga usahawan digital yang menjual putu mayam, makanan sejuk beku dan sambal goreng dibantu dan berjaya ditambah nilai menerusi bengkel dianjurkan PEDi.

“Mereka dibantu daripada segi jualan, perniagaan dalam talian dan sistem penjualan serta pelbagai lagi nilai tambah untuk mengangkat perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kita Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Shahrom Ravin Daram Abdullah.

Penganjuran program sama turut menarik perhatian kira-kira 800 pegunjung dalam kalangan penduduk Taman Seri Duyong 2.

“Progam julung kali diadakan ini menarik lebih ramai penduduk sekitar menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya pertandingan mewarna, melukis, sukan rakyat dan pelbagai lagi.

“Program Kita Madani adalah platform menyampaikan agenda kerajaan kepada rakyat secara terus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1175
Kongsi :
Previous post 500 jemaah imarahkan Qiamullail dan Solat Hajat Keamanan Palestin
Next post Tiada perancangan tambah Komuniti Madani – JaPeN
Ubah saiz-+=