
Pecah tanah tapak pasar tani Sungai Rambai tak lama lagi
SUNGAI RAMBAI 2 Jun – Pembinaan tapak pasar tani kekal Sungai Rambai berhampiran perkarangan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, arah selatan, di sini, dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata, pembinaan tapak pasar tani dirancang dilengkapi pelbagai kemudahan itu dianggarkan membabitkan kos RM3 juta.
“Insya-Allah tidak lama lagi akan ada majlis pecah tanah. Selepas beroperasi kelak tapak itu akan menempatkan 70 usahawan.
“Selepas ini mereka akan ada tapak kekal dan tidak perlu lagi berpindah-randah seperti sebelum ini,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, berharap operasi tapak pasar tani itu akan membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi penduduk sekitar selain menjadi tarikan bagi pintu gerbang selatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI PRIHATIN NASIB ASNAF, INSTITUSI AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 6 Mac - Kebajikan asnaf dan institusi masjid serta surau dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
JAIM PANTAU ‘PORT’ KAKI PONTENG PUASA
AYER KEROH 6 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melakukan pemantauan di beberapa premis makanan yang dipercayai menjual makanan...
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...