PDRM terima 35 laporan babitkan 45 warga tempatan terkandas di luar negara
SEPANG, 12 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 35 laporan melibatkan 45 warga Malaysia yang dipercayai terkandas di luar negara seperti di Myanmar, Thailand dan Laos, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau meminta waris mangsa yang terkesan membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana yakin ada lagi waris yang tidak berbuat demikian.
“Kita minta mereka tampil dan buat laporan bagi mudahkan pihak kita mengesan lokasi waris mereka yang terkandas di negara berkenaan,” katanya kepada media selepas ketibaan 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.
Abd Jalil berkata pihaknya akan mengambil keterangan daripada kesemua mangsa yang baru pulang itu di klia2 sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Seramai 16 rakyat Malaysia dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ oleh satu sindiket di Preah Sihanouk di Kemboja setelah terpedaya dengan iklan pekerjaan dan diselamatkan pada 5 April lepas.
12 daripada mangsa berjaya pulang ke tanah air hari ini manakala empat lagi masih berada di Kemboja kerana positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘BANTUAN INI BESAR MAKNANYA’
KUALA LINGGI 18 Januari - Riak ceria jelas kelihatan pada wajah 175 penerima sumbangan perayaan daripada Kerajaan Negeri sekali gus...
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...
DUA NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU UNDAN
TELOK MAS 17 Januari - Dua nelayan dipercayai hilang selepas keluar memukat di perairan Pulau Undan sejak Rabu lalu. Pengarah...
W.R.U.R ‘TERANGI’ LAMPU JALAN DI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebanyak 123 lampu jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang rosak telah...