
PDRM hulur bantuan kit makanan kepada masyarakat India
BANDA HILIR 21 Oktober – Polis Melaka menyantuni 50 warga India sekitar Bandar Melaka menerusi Program Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Perayaan Deepavali 2022 di Padang Nyiru, Little India, di sini malam tadi.
Kesemua penerima menerima sumbangan kit makanan kering sempena perayaan Deepavali yang akan disambut kaum India pada 24 Oktober ini.
Kit-kit makanan itu disampaikan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah diiringi Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.
Turut dilaksanakan penyerahan borang balik kampung kepada tiga wakil kaum (Melayu, Cina dan India) untuk diagihkan sempena cuti perayaan selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober depan.
Dalam majlis itu juga, Zainol dan Shanmugam sempat menyantuni 32 peniaga di Bazar Deepavali di Jalan Bendahara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...