Sorting by

×

PBT MELAKA SIAP SEDIA SAMBUT TETAMU WTD 2025, WTC 2025

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 9 Januari – Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sedang melipat ganda usaha memastikan Melaka sentiasa bersih, cantik dan selesa sebagai persiapan menyambut kehadiran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Hari Persidangan Dunia 2025 (WTC2025).

Exco Kanan, Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata empat PBT terbabit adalah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Katanya, sebanyak 155 negara yang terlibat dari seluruh dunia akan menghantar delegasi masing-masing dan berhimpun di Melaka pada September nanti.

“Setiap PBT di negeri ini sedang giat melakukan pelbagai keindahan, pembersihan sebagai persiapan menyambut ‘tetamu’.

“Kita bukan sahaja laksanakan gotong-royong atau mengindahkan pintu masuk ke negeri ini, malah setiap lokasi pelancongan di bawah kawasan pentadbiran PBT masing-masing turut diperindah dan ditambah baik yang mana infra dibaik pulih, kemudahan awam sentiasa dipantau dan bersih.

“Setiap PBT ini ada peruntukan sendiri yang mana telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk kerja-kerja penambahbaikan dan pelbagai lagi,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Untuk rekod, WTD disambut pada 27 September setiap tahun bermula 1980.

Penganjuran WTD adalah untuk menunjukkan kesedaran bahawa pelancongan adalah penting kepada masyarakat antarabangsa dan juga untuk menunjukkan bagaimana pelancongan mempengaruhi nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi di merata dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

258
Kongsi :
Previous post LORI TANGKI REMPUH TRELER SEBELUM TERBAKAR
Next post KPM NAFI DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2024
Ubah saiz-+=