
PBSM cakna kebajikan Orang Asli Bukit Payung
TABOH NANING 9 Jun – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Payung dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan dalam kalangan penduduk di penempatan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin menerima sambutan daripada penduduk dan pemimpin tempatan perkampungan berkenaan.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada PBSM Alor Gajah kerana sudi menyantuni masyarakat Orang Asli di kawasan ini sekali gus, peka dengan kebajikan mereka.
“Kita mengalu-alukan kerjasama semua pihak, agensi kerajaan negeri mahupun swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi bersama memperkasa pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya selepas merasmikan program itu pada 4 Jun lalu.
Pada program berkenaan wakil 150 keluarga masyarakat Orang Asli menerima sumbangan kit makanan daripada PBSM yang disampaikan oleh Zulkiflee.
Hadir sama pada program julung kali diadakan itu adalah Pengerusi PBSM Melaka, Ramli Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...