
Pawagam berusia lebih 70 tahun musnah terbakar di Seremban
SEREMBAN 22 April. – Sebuah pawagam berusia lebih 70 tahun di Jalan Dr Krishnan di sini, musnah akibat kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata kebakaran pada kira-kira 4 pagi itu turut melibatkan lima unit kedai yang kosong.

“Ketika tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak membakar bangunan dua tingkat berkenaan. Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 8.40 pagi.
“Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan pawagam,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana bangunan tersebut tidak berpenghuni.
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...