
Patuh SOP jika tidak mahu PKP 2.0 dilanjutkan di Melaka
AYER MOLEK 18 Jan. – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Melaka berkemungkinan akan dilanjutkan sekiranya kes positif COVID-19 terus menunjukkan trend meningkat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu bagaimanapun hanya diputuskan pada Rabu, iaitu minggu pertama selepas PKP 2.0 dilaksanakan.
“Sekiranya trend positif COVID-19 terus menaik saya rasa besar kemungkinan PKP 2.0 akan dilanjutkan. Apa pun paling penting kita perlu lihat sehingga Rabu ini macam mana situasi wabak ini.
“Jika ada penurunan, alhamdulillah, tetapi jika terus naik saya rasa tiada kemungkinan untuk PKP 2.0 ditamatkan lebih awal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu mengulas mengenai kesediaan hospital swasta di negeri ini untuk menerima dan mengendali pesakit COVID-19, Rahmad memaklumkan perkara itu masih di peringkat rundingan memandangkan ada antara hospital swasta yang masih bermain tarik tali untuk menerima cadangan tersebut.
Ujarnya, perbincangan lanjut perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah itu.
“Isu ini masih di peringkat cadangan dan belum ada ketetapan lagi. Saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih perlu membincangkan perihal seperti isu pembayaran insurans dan latihan kepada petugas di hospital swasta,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...