
Patuh SOP dalam kemeriahan Deepavali- PM
KUALA LUMPUR, 1 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menasihati Keluarga Malaysia yang bakal menyambut Deepavali pada Khamis ini supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berkata dalam kemeriahan menyambut perayaan itu mereka perlu terus berhati-hati dan menjaga kesihatan.
“Kepada seluruh masyarakat kaum Hindu di seluruh negara, saya ucapkan selamat menyambut Hari Deepavali,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Little India, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Mengulas mengenai lawatannya, Ismail Sabri berkata rata-rata peniaga ditemui berpuas hati kerana mereka dapat kembali berniaga seperti sedia kala.
“Saya difahamkan apabila kita buka peluang untuk mereka berniaga, sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan.
“Orang ramai pula ketika ditanya, mereka gembira kerana ada peluang untuk beli-belah,” katanya.
Dalam tinjauan kira-kira satu jam itu juga, beliau sempat membeli-belah pakaian sempena perayaan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...