Sorting by

×

Pasukan media Ustaz Ebit Lew kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 26 Dis. – Tiga petugas dari pasukan media Ustaz Ebit Lew cedera selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Ebit, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Pulau Pinang selepas menyampaikan bantuan buat keluarga lima beranak semalam.

“Semasa sama-sama balik ke KL, betul-betul lorong kanan Touch n Go lepas Tol Jalan Duta, tiba-tiba ada kereta dari kiri buat pusingan U (U-turn) ke kanan.

“Ada arahan papan tanda tidak boleh ‘U-turn’. Toyota Estima (dipandu petugasnya) mereka cuba cuba elak kereta buat U-turn itu menyebabkan (mereka) melanggar pembahagi tengah jalan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang tercedera dikejarkan ke pusat perubatan swasta untuk rawatan lanjut.

“Sekarang (malam tadi) saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga petugas itu membuat pemeriksaan
CT scan (imbasan tomografi berkomputer).

“Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha, Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik saja. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” tambahnya.

Insiden itu kemudian mendapat lebih 140, 000 reaksi, 11,000 komen dan 2,200 perkongsian yang mendoakan keselamatan semua mangsa.

Setakat jam 11.30 pagi ini belum ada apa-apa perkembangan terkini mengenai keadaan kesemua mangsa tersebut di laman Facebooknya.

Views:

685
Kongsi :
Previous post Kapal tunda terbakar, tujuh kru selamat
Next post Padah berhibur langgar SOP PKPP
Ubah saiz-+=