Sorting by

×

PASUKAN HOKI SSN PREDATOR BAWA NAMA MELAKA DI AUSTRALIA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

DUYONG 13 November – Atlet hoki remaja SSN Predator bakal membawa nama Melaka pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Remaja Gryphon Cup 2024 di Perth, Australia, 21 hingga 26 November ini.

Pasukan itu dibarisi 20 atlet remaja Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kelayakan itu sekali gus mempamerkan kecemerlangan sektor sukan di Melaka setanding negeri lain khususnya dalam sukan hoki.

“Sesi penyerahan bendera Melaka ini bukan sahaja menterjemahkan sehelai kain yang terbang di angkasa, malah merupakan simbol semangat yang mengiringi perjuangan pasukan Hoki SSN Predator.

“Bendera ini menjadi bukti kebersamaan, kesatuan dan semangat kesukanan di samping menjadi pembakar semangat kepada pasukan Hoki SSN Predator dalam mengharumkan nama Melaka di persada antarabangsa.

“Kita juga menyaksikan sesi penyerahan jersi rasmi yang ditaja oleh Lets Play Perfomance, HYBA Quest Malaysia kepada atlet-atlet terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan Majlis Perasmian Penyerahan Bendera dan Penajaan Jersi kepada Pasukan Hoki SSN Predator, SSN SMK Seri Kota di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah.

Menurut Ketua Menteri, dengan penajaan jersi rasmi itu ia diharap akan menjadi pemangkin semangat kepada pasukan hoki tersebut untuk memburu kejayaan sekali gus memperkasa sukan hoki di negeri ini.

“Saya dan seluruh rakyat Melaka menaruh harapan tinggi kepada 20 atlet Hoki SSN Predator ini untuk mempamerkan aksi cemerlang sekali gus menjulang kemenangan membanggakan.

“Kejayaan sesebuah pasukan itu tidak akan dapat dicapai tanpa usaha, motivasi dan kesungguhan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

919
Kongsi :
Previous post 1,000 PEK MAKANAN SAMBUT GENG RXZ KE MELAKA
Next post MANTAN YDP MPP PENERIMA SULUNG ANUGERAH TEJA UTEM
Ubah saiz-+=